Polisi, Terma dan Syarat DBP Sah Bahasa

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

  1. Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

  1. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Dasar Privasi

Dasar Privasi

  1. Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Maklumat yang Dikumpul

  1. Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Kuki

  1. Kuki yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Kuki ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan data juga tidak disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman ini.

Pautan kepada Laman Web yang Lain

  1. Laman ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan laman ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

  1. Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Apabila anda sering melayari halaman ini, data anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara data digunakan dalam keadaan tertentu, dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Terma dan Syarat

Terma dan syarat ini hanya boleh diguna pakai untuk DBP Sah Bahasa secara dalam talian.

  1. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan DBP Sah Bahasa melalui portal http://dbpsahbahasa.my.   
  2. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, setiap pengguna perlu mendaftar masuk terlebih dahulu dengan memasukkan maklumat yang benar dan melengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Pengguna perlu membuat pembayaran melalui kaedah yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
  4. Sebarang kegagalan transaksi dengan Gerbang Bayar (Payment Gateway) adalah tanggungjawab pengguna sendiri dan bukan tanggungjawab DBP.
  5. Sekiranya berlaku terlebih bayaran, wang lebihan itu akan dimasukkan dalam akaun prabayar pelanggan. Tiada pemulangan wang akan dilakukan.
  6. DBP tidak akan mengembalikan bayaran bagi permohonan yang tidak diluluskan atau tidak diteruskan hingga selesai.
  7. Tiada had pengulangan bagi permohonan yang tidak diluluskan. Permohonan pengulangan (kemas kini) dengan menekan butang kemas kini tidak dikenakan bayaran.
  8. Sekiranya berlaku terkurang bayaran, pengguna mesti membuat bayaran mengikut kadar yang ditetapkan sebelum sijil pengesahan boleh dicetak.
  9. Pengguna boleh mencetak sijil pengesahan bagi permohonan yang telah diluluskan.
  10. Sijil Pengesahan tidak boleh diniaga, diberi pinjam, ditukar milik, dipalsukan, disalah guna atau dipinda isi kandungannya dengan apa cara sekalipun dan sekiranya berlaku, pihak yang tidak bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  11. DBP hanya boleh mengesahkan iklan untuk kegunaan seperti yang dimohon oleh pengguna.
  12. DBP juga tidak akan bertanggungjawab apabila berlaku kesilapan penghantaran dokumen yang diakibatkan oleh kesalahan maklumat penerima yang didaftarkan oleh pengguna.